BAHAGIAN FORENSIK PERAKAUNAN

 

    Bahagian Siasatan Perakaunan Forensik merupakan satu bahagian di dalam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang memberi bantuan perakaunan forensik dalam penyiasatan kes-kes jenayah komersil.

     

    Bahagian ini diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis berpangkat ACP dan dibantu oleh 10 orang Pegawai Kanan Polis, 4 orang Pegawai Rendah Polis dan 5 orang Pegawai Awam. Bahagian ini dipecahkan mengikut 3 zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah/Selatan dan Zon Timur/Sabah /Sarawak.

     

    Bahagian siasatan ini berperanan memberi bantuan perakaunan forensik dalam penyiasatan kes jenayah komersil dan juga memberi bantuan kepada cawangan / Unit / Bahagian / Jabatan lain dalam PDRM bagi kes-kes yang rumit dan melibatkan banyak transaksi perakaunan.

     

    Selain itu, bahagian ini juga membantu Pegawai Penyiasat untuk mengenalpastikan dokumen–dokumen perakaunan yang boleh dijadikan bahan bukti dan modus operandi  yang digunakan dalam penyalahgunaan sistem perakaunan.