BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH PEMALSUAN / PELENCUNGAN / TANAH
UNIT SIASATAN JENAYAH PEMALSUAN |
Menyiasat kes-kes Jenayah Komersil yang melibatkan pemalsuan dokumen-dokumen Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri:
- Semua jabatan kerajaan (Imigresen / JPJ /JPN/ KASTAM / LHDN / PEJ. MB / Majlis Bandaran dsb)
- Universiti dan sekolah kerajaan(Ijazah / Sijil Palsu)
- Institusi Diraja (Watikah / Dokumen Istana Palsu)
- Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi(Pasport Palsu)
Modus Operandi Kes Pemalsuan Dokumen Kerajaan
- Dokumen kerajaan yang sering dipalsukan adalah seperti sijil cuti sakit hospital / klinik kerajaan, kad pengenalan, sijil kelahiran, pasport,
sijil perakuan, sijil pendaftaran kenderaan, lesen memandu, cukai jalan dan dokumen-dokumen lain daripada jabatan kerajaan.
- Pemalsuan dokumen dilakukan dengan beberapa cara :
1. Memalsukan kepala surat rasmi jabatan, tandatangan dan cop pegawai kerajaan ;
2. Menggunakan butiran pegawai kerajaan yang tidak wujud ;
3. Pengubahsuaian (tampered) maklumat di dalam dokumen asal ;
4. Memasukkan maklumat palsu di dalam sistem jabatan kerajaan untuk mencipta dokumen baru dengan menggunakan maklumat palsu.
|
|
UNIT SIASATAN JENAYAH PELENCUNGAN |
Menyiasat kes – kes pemalsuan matawang malaysia & matawang asing.
- Melencungkan / menghasilkan / mencetak wang kertas / syiling palsu
- Menggunakan wang palsu
- Memiliki wang palsu
Modus Operandi Wang Palsu
- Ringgit Malaysia palsu yang dikeluarkan dalam negara dengan menggunakan mesin pencetak, pencetak fotokopi atau mesin imbasan.
Modus Operandi Pengedaran Wang Kertas Palsu
- Di pasar malam/ kedai runcit/ pasaraya – bayar menggunakan wang palsu dalam denominasi besar dan mendapatkan tukaran wang tulen
dalam denominasi kecil ;
- Di stesen minyak – bayar menggunakan wang palsu denominasi besar dan mendapatkan tukaran wang tulen dalam denominasi kecil ;
- Kerani ‘teller’ bank menerima wang palsu yang dicampuradukkan dengan wang tulen daripada pelanggan untuk dimasukkan ke dalam
akaun bank ;
- Dimasukan ke dalam akaun melalui mesin deposit tunai (CDM) dan kemudian keluarkan kembali melalui mesin ATM ;
- Bayaran tempat meletak kenderaan (parking) ;
- Wang hantaran perkahwinan ;
- Bayaran tol ;
- Pembelian dadah ;
- Penipuan ‘Black Money’;
- Pembelian barang (contoh : telefon bimbit, barang berjenama) yang diiklankan secara ‘online’
(contoh : laman web mudah.com, carousell.com) dan membayar menggunakan wang palsu.
|
|
UNIT SIASATAN JENAYAH TANAH
|
Menyiasat kes-kes jenayah penipuan pindahmilik tanah (oleh sindiket / perseorangan) serta tanah digunakan sebagai medium
untuk penipuan.
|
|