BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH PEMALSUAN / PELENCUNGAN / TANAH

UNIT SIASATAN JENAYAH PEMALSUAN
  • Menyiasat kes-kes Jenayah Komersil yang melibatkan pemalsuan dokumen-dokumen Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri:
  •   - Semua jabatan kerajaan (Imigresen / JPJ /JPN/ KASTAM / LHDN / PEJ. MB / Majlis Bandaran dsb)
      - Universiti dan sekolah kerajaan(Ijazah / Sijil Palsu) 
      - Institusi Diraja (Watikah / Dokumen Istana Palsu)
      - Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi(Pasport Palsu)
     
  • Modus Operandi Kes Pemalsuan Dokumen Kerajaan
  •   - Dokumen kerajaan yang sering dipalsukan adalah seperti sijil cuti sakit hospital / klinik kerajaan, kad pengenalan, sijil kelahiran, pasport,
         sijil perakuan, sijil pendaftaran kenderaan, lesen memandu, cukai jalan dan dokumen-dokumen lain daripada jabatan kerajaan.
      - Pemalsuan dokumen dilakukan dengan beberapa cara :
          1. Memalsukan kepala surat rasmi jabatan, tandatangan dan cop pegawai kerajaan ;
          2. Menggunakan butiran pegawai kerajaan yang tidak wujud ;
          3. Pengubahsuaian (tampered) maklumat di dalam dokumen asal ;
          4. Memasukkan maklumat palsu di dalam sistem jabatan kerajaan untuk mencipta dokumen baru dengan menggunakan maklumat palsu.
     
    UNIT SIASATAN JENAYAH PELENCUNGAN
  • Menyiasat kes – kes pemalsuan matawang malaysia & matawang asing.
  •   - Melencungkan / menghasilkan / mencetak wang kertas / syiling palsu
      - Menggunakan wang palsu
      - Memiliki wang palsu

  • Modus Operandi Wang Palsu
  •   - Ringgit Malaysia palsu yang dikeluarkan dalam negara dengan menggunakan mesin pencetak, pencetak fotokopi atau mesin imbasan.

  • Modus Operandi Pengedaran Wang Kertas Palsu
  •   - Di pasar malam/ kedai runcit/ pasaraya – bayar menggunakan wang palsu dalam denominasi besar dan mendapatkan tukaran wang tulen
         dalam denominasi kecil ;
      - Di stesen minyak – bayar menggunakan wang palsu denominasi besar dan mendapatkan tukaran wang tulen dalam denominasi kecil ;
      - Kerani ‘teller’ bank menerima wang palsu yang dicampuradukkan dengan wang tulen daripada pelanggan untuk dimasukkan ke dalam
         akaun bank ;
      - Dimasukan ke dalam akaun melalui mesin deposit tunai (CDM) dan kemudian keluarkan kembali melalui mesin ATM ;
      - Bayaran tempat meletak kenderaan (parking) ;
      - Wang hantaran perkahwinan ;
      - Bayaran tol ;
      - Pembelian dadah ;
      - Penipuan ‘Black Money’;
      - Pembelian barang (contoh : telefon bimbit, barang berjenama) yang diiklankan secara ‘online’
         (contoh : laman web mudah.com, carousell.com) dan membayar menggunakan wang palsu.
     
    UNIT SIASATAN JENAYAH TANAH
  • Menyiasat kes-kes jenayah penipuan pindahmilik tanah (oleh sindiket / perseorangan) serta tanah digunakan sebagai medium
         untuk penipuan.