BAHAGIAN URUS SETIA DAN PERUNDANGAN

PERANAN UNIT PERUNDANGAN
  • Memberi nasihat/penerangan dalam isu-isu perundangan kepada pegawai/anggota JSJK.
  • Merangka dan melaksanakan cadangan dan pandangan berkaitan undang-undang baru.
  • Mengkaji kelemahan, kekurangan dalam aspek perundangan berkait siasatan jenayah komersil.
  • Mengkaji dan meneliti kertas siasatan JSJK terutama melibatkan pegawai dan anggota serta membuat syor mengenai tindakan yang perlu      diambil.
  • Menyelaras dan melaksanakan hubungan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan bantuan di bawah MACMA.
  • Mengkaji dan menyelidik pindaan undang-undang untuk dibentangkan ke pengetahuan semua pegawai/anggota JSJK.
  • Merancang dan melaksanakan kursus-kursus untuk meningkatkan kecekapan penyiasatan dan pendakwaan.
  •  
    PERANAN UNIT KAB
  • Merupakan sebuah sub-unit kepada National Central Bureau/Interpol Malaysia yang bertindak selaku penyelaras dan penghubung di                antara Jabatan Siasatan Jenayah Komersil didalam & perlaksanaan tugas – tugas bantuan siasatan dengan pihak polis luar negara.
  • Menyelaraskan permohonan Red Notice serta lain – lain sistem notis Interpol berkaitan bagi tujuan mengesan penjenayah yang disyaki          berada di luar negara.
  • Menyelaras waran tangkap di bawah Akta (Peruntukan –Peruntukan Khas) Saman dan Waran 1971.
  • Mendapatkan laporan tangkapan melibatkan warga asing di Malaysia
  • Menyelaras permohonan bantuan siasatan ke luar negara dan sebaliknya.
  • Menyelaras mesyuarat perhubungan dua hala
  •  
    PERANAN UNIT KAJIAN DASAR
  • Mengkaji, mengemaskini, membuat cadangan untuk meminda dan menambahbaik undang-undang, dasar-dasar, peraturan dan Standard         Operating Procedure (SOP) sedia ada JSJK ke arah mewujudkan satu sistem kerja yang lebih kemas, teratur, praktikal dan relevan.
  • Mencari penyelesaian ke atas sebarang persoalan dan permasalahan yang timbul berhubung dengan JSJK.
  • MenTaksir peranan JSJK masa kini dan penglibatan yang mungkin dikendalikan serta peranannya.
  • Mengkaji dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan jenayah.
  • Terlibat secara langsung dengan persidangan Parlimen dari aspek penyediaan jawapan dan segala pengurusan yang berkaitan.
  • Terlibat dalam penyediaan jawapan bagi mesyuarat pasca kabinet dan sebagainya.
  •  
    PERANAN UNIT PENGADUAN AWAM DAN MEDIA
  • Mengambil tindakan terhadap segala bentuk aduan awam yang diterima daripada masyarakat berkait isu jenayah komersil.
  • Memberi nasihat dan pandangan kepada orang awam berkait kes-kes jenayah komersil.
  • Mengkaji dan membuat cadangan kepada PJSJK berkait kes-kes yang under classified (RTM, NFA, NOD dan sebagainya) untuk dibuka         kertas siasatan.