BAHAGIAN OPERASI/ BANTUAN TEKNIK

 

Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah berpangkat Asisten Komisioner Polis dengan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah berpangkat Superintenden Polis. Terdapat tiga unit di bawah bahagian ini dan setiap unit diketuai oleh seorang Pegawai Turus berpangkat Deputi Superintenden Polis. Unit-Unit di bawah Bahagian Operasi/ Bantuan Teknik adalah seperti berikut:

  1. Unit Operasi
    Mengumpulkan semua maklumat yang berkaitan dengan jenayah komersial kes dan menjalankan perancangan strategik untuk menyempurnakan sehingga fail projek. Di samping itu juga, menjalankan serbuan sistematik. tangkapan dan rampasan.

  2. Unit Kes Fail/ Soal siasat
    Menjalankan siasatan awal dengan merakamkan percakapan risikan saspek dan saksi-saksi yang telah dikenalpasti. Seterusnya, membuka fail personal (PF) untuk membina fail kes (CF) bagi tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

  3. Unit Bantuan Teknik/ Fotografi
    Unit Bantuan Teknik akan mengumpul maklumat mengenai sasaran tertentu, menjalankan pemerhatian dan intipan melalui proses intensif untuk memantau tingkah laku, aktiviti, atau maklumat untuk tujuan siasatan. Proses pengintipan ini juga dijalankan dengan menggunakan peralatan canggih dan kumpulan khas kakitangan terlatih.

Manakala bagi Unit Fotografi pula akan menjalankan proses rakaman gambar sebelum, semasa dan selepas kejadian bagi tujuan siasatan sesuatu kes.